Meriam Karbit

Meriam Karbit ialah sejenis mercun buatan sendiri yang popular dan merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap malam terakhir Ramadan, semasa musim perayaan Hari Raya. Permainan ini juga sudah lama menjadi adat oleh penduduk di Pontianak, Kalimantan Barat yang rata-ratanya terdiri daripada keturunan Melayu. Menurut laman blog Wisata Pontianak, kewujudan Meriam Karbit di wilayah itu sebenarnya dikatakan bagi mengusir banyak hantu puntianak (dikenali di Indonesia sebagai kuntilanak). Pemerintah ketika itu, Sultan Sayyid, telah mengarahkan agar meriam-meriam dinyalakan dan ditembak bagi mengusir hantu-hantu itu dan daripada itulah ia menjadi tradisi pada setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri.[1]Di Pontianak, di tepian Sungai Kapuas, sudah menjadi adat dan kebiasaan masyarakatnya untuk memainkan meriam karbit, biasanya bermula dari 10 malam terakhir bulan Ramadan beramai-ramai.[2]